FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pagi ini, mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Bahagian pedalaman di Sabah membabitkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga 9 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 8:53 AM