Noor Azmi Ghazali.
Noor Azmi Ghazali.
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Dua artikel yang dikeluarkan oleh portal mengenai Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I, menerusi portal berkenaan, pihak terbabit mendakwa Dr Noor Azmi menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan individu di pejabat beliau.

"Tulisan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua portal berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Gambar kunjungan itu adalah pada 12 Januari iaitu sehari sebelum pelaksanaan PKP dilaksanakan.

"Oleh itu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1 memohon supaya portal berkenaan menarik balik tuduhan, dakwaan dan maklumat tidak benar yang disiarkan dalam portal terbabit dengan segera.

"Dakwaan yang tidak benar sebegitu boleh memberikan persepsi buruk masyarakat terhadap Timbalan Menteri 1 dan juga Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, portal berkenaan memuat naik artikel bertajuk 'Timbalan Menteri Kesihatan langgar PKP lagi?' manakala satu lagi portal berlainan menulis artikel dengan tajuk 'Timbalan Menteri Kesihatan padam gambar lepas disyaki ingkar SOP'.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 10:19 AM