RAKAMAN video berdurasi 29 saat menunjukkan lelaki dipercayai bergelar Datuk memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana. FOTO tular media sosial
RAKAMAN video berdurasi 29 saat menunjukkan lelaki dipercayai bergelar Datuk memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana. FOTO tular media sosial
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Polis sedang mengesan lelaki dipercayai bergelar Datuk yang disyaki memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya sedang mengesan individu terbabit.

"Difahamkan punca kejadian dipercayai akibat mangsa berusia 31 tahun menegur suspek kerana bising.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/503/506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 10:28 AM