SUSPEK berusia 30 tahun dan dadah syabu yang dirampas dalam serbuan polisbdi sebuah pondok kayu di Kampung Baru Ulu Melaka, Langkawi. FOTO ihsan POLIS
SUSPEK berusia 30 tahun dan dadah syabu yang dirampas dalam serbuan polisbdi sebuah pondok kayu di Kampung Baru Ulu Melaka, Langkawi. FOTO ihsan POLIS
Hamzah Osman


Langkawi: Penahanan seorang lelaki di pondok kayu di Kampung Baru Ulu Melaka di sini, jam 12.30 malam tadi membawa kepada penemuan syabu seberat 18.5 gram.

Suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek yang berusia 30 tahun pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika pihaknya menjalankan rondaan Op Tapis.

"Pemeriksaan pada suspek menemui 22 paket syabu. Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine," katanya dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 6:08 PM