GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kota Bharu: Gelombang ketiga banjir melanda Kelantan sejak 4 Januari lalu pulih sepenuhnya, selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di jajahan Pasir Mas menamatkan operasinya, petang ini.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh yang menempatkan 32 orang, ditutup pada 6 petang hari ini.

"Alhamdulillah, semua mangsa yang terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar 6 petang hari ini.

"Ia berikutan keadaan cuaca baik dan tiada hujan sejak beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, setakat 6 petang ini Sungai Golok di Kuala Jambu masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 2.52 meter (paras bahaya 2.50 meter).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 7:54 PM