Foto hiasan
Foto hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research Centre-CRC) masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini dijangka akan membabitkan seramai 3,000 sukarelawan.

Menurutnya, Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin inactivated Covid-19 vaksin buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini.

"Kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali, Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA diperolehi pada 8 Januari lalu.

"Semoga kajian ini akan dipermudahkan dengan keberkesanan yang tinggi dan kesan samping minima," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 8:52 PM