X
TANGKI kilang Jalan Tengar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang yang meletup meragut satu nyawa dan dua cedera parah hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
TANGKI kilang Jalan Tengar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang yang meletup meragut satu nyawa dan dua cedera parah hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Seorang maut dan dua parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kimia di Jalan Tengar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Wilson Banggau, 45, disahkan maut manakala dua rakan sekerjanya, Bonsi Buli, 42, dan Mohd Syafiq Abd Rahman, 23, parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata, empat jentera termasuk dari BBP Larkin dan sebuah tangki air dengan 27 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.

Katanya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati berlaku satu letupan pada sebuah tangki setinggi 15 meter ketika kerja kimpalan dijalankan.

"Tangki berkenaan menyimpan bahan Crude Glycerin yang boleh menyimpan kapasiti penuh sebanyak 1,000 tan.

"Namun ketika letupan berlaku kapasiti tangki itu adalah sebanyak hanya 800 tan.

"Kesemua mangsa sedang menjalankan kerja kimpalan pada penutup paip sebelum letupan itu berlaku.

"Mangsa yang disahkan terbunuh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian selain kerugian yang dialami.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 6:33 PM