GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Asrol Awang


Kuantan: Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun kepada 4,176 orang membabitkan 1,177 keluarga di 52 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah, setakat 8.45 pagi ini.

Portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), petang semalam merekodkan seramai 4,610 orang daripada 1,280 keluarga masih berada di 59 PPS.

Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,620 orang, diikuti Kuantan (777 mangsa), Maran (723 mangsa), Bera (54 mangsa) dan Temerloh (dua mangsa).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan masih melepasi paras bahaya.

Manakala, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula melepasi paras berjaga-jaga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 11:08 AM