MOHD Hishamuddin Abdullah @ Tay Chek Hooi. FOTO Ihsan Pejabat Kadi Batu Pahat
MOHD Hishamuddin Abdullah @ Tay Chek Hooi. FOTO Ihsan Pejabat Kadi Batu Pahat
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat mencari waris kepada Mohd Hishamuddin Abdullah @ Tay Chek Hooi yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah rumah perlindungan saudara baru, di sini, pada 1 Januari lalu.

Jurucakap pejabat itu berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 3 petang di alamat No 22, Lot 210, Taman Jasa Jamal, Batu 10, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Katanya, Allahyarham yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori fizikal masih bujang dan tidak bekerja.

"Allahyarham memeluk Islam di Muar pada 2012 dan berasal dari Kluang.

"Waris atau sesiapa yang mengenali penama diminta menghubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor di talian 07-4363000," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 12:27 PM