KOLONEL (PA) Che Adam A Rahman memberi penerangan kepada anggota APM berhubung situasi banjir di negeri ini di Bilik Gerakan Bencana (BGBN) Negeri. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
KOLONEL (PA) Che Adam A Rahman memberi penerangan kepada anggota APM berhubung situasi banjir di negeri ini di Bilik Gerakan Bencana (BGBN) Negeri. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Gelombang keenam banjir dijangka tidak melanda negeri ini, namun orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan ramalan cuaca semasa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, aktiviti di tepi pantai dan kegiatan menangkap ikan di laut antara larangan tetap dan masih tidak boleh dijalankan sekarang.

"Biarpun cuaca semakin baik dan ramalan cuaca juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan ,namun tidak bermakna banjir gelombang keenam tidak berlaku.

"Cuma untuk ramalan cuaca dan penelitian yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sekarang menyatakan potensi untuk berlaku banjir semula di negeri sangat tipis.

"Difahamkan. pola pergerakan awan yang menyebabkan hujan lebat kini bergerak ke Sabah dan Sarawak pula," katanya ketika ditemui selepas membuat pemantauan di Bilik Gerakan Bencana (BGBN) negeri, di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja pasca banjir seperti membersih dan membaik pulih rumah penduduk terjejas banjir juga sudah ditamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 3:09 PM