DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan 3,339 kes baharu hari ini dengan merekodkan tujuh kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 158,434 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 37,782 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat 15 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,324 kes.

"Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,314 kes diikuti Sabah 393 kes dan Johor 362 kes.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,676 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 120,051 kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, dengan pertambahan tujuh kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 601 kes.

"Sehingga kini, terdapat 240 kes positif Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi dengan 93 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 8:39 PM