Noh Omar, keluarga negatif Covid-19.
Noh Omar, keluarga negatif Covid-19.
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar disahkan negatif Covid-19.

Menerusi perkongsian status dan gambar keputusan ujian saringan di laman sosial Facebook, beliau turut memaklumkan seluruh ahli keluarganya negatif wabak itu.

Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka.

"Alhamdulillah, keputusan ujian Covid-19 untuk semua anggota keluarga kami yang diterima petang tadi, adalah negatif.

"Terima kasih buat sahabat semua yang mendoakan saya dan keluarga. Saya sangat menghargainya," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan menantunya yang sedang dikuarantin susulan positif wabak berkenaan.

"Mohon terus doakan semoga menantu saya, Hisham segera sembuh dan dipermudahkan urusan dalam tempoh kuarantin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 11:45 PM