Sukarelawan turut sama dalam program pasca banjir di Sekolah Rendah Islam Al Mukmin Kampung Paya Kecil, Temerloh. FOTO Mohd Rafi Mamat.
Sukarelawan turut sama dalam program pasca banjir di Sekolah Rendah Islam Al Mukmin Kampung Paya Kecil, Temerloh. FOTO Mohd Rafi Mamat.
Asrol Awang


Kuantan: Jumlah mangsa banjir di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan dan Pekan menurun kepada 422 orang daripada 118 keluarga setakat 9 pagi, hari ini.

Penurunan itu berbanding semalam, 466 mangsa daripada 118 keluarga, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kuantan mencatatkan 337 mangsa daripada 79 keluarga, manakala Pekan pula merekodkan 85 mangsa daripada 39 keluarga.

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan hanya Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis masih melepasi paras bahaya.

Manakala, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang hingga Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 9:32 AM