LAPORAN portal berita Harian Metro.
LAPORAN portal berita Harian Metro.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Lelaki bergelar datuk dan rakannya yang dikatakan memukul seorang pelanggan di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, akan dituduh di mahkamah, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri pada hari ini.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera, Seksyen 290 kanun sama kerana melakukan suatu mudarat awam dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat.

"Pendakwaan akan dilakukan 9 pagi di Mahkamah Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu direman dua hari bagi membantu siasatan kes pukul dan ugut seorang lelaki di sebuah restoran, dalam kejadian pada 13 Januari lalu.

Kejadian 9 pada malam itu dipercayai berpunca daripada suspek ditegur seorang lelaki tidak dikenali iaitu pelanggan yang duduk di meja bersebelahan kerana suspek bercakap dengan nada suara tinggi.

Video berdurasi 29 saat yang menunjukkan suspek memukul lelaki berkenaan tular di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 10:29 PM