X
Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan lebih 20 ujian membabitkan mutasi baharu dari United Kingdom (UK) dikenali sebagai varian B.1.1.7.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada penularan dalam negara dikesan berkaitan virus mutasi berkenaan.

Menurutnya, mutasi baharu itu dikesan pada 11 Januari lalu selepas lelaki berusia 22 tahun yang kembali dari UK pada Disember disahkan positif.

"Kita menjalankan ujian RT-PCR tetapi nilai ambang nilai ambang (CT value) adalah rendah bererti jumlah virus dalam tubuh pesakit itu tinggi.

"Jadi kita gunakan kes itu untuk penjujukan genom. Kita juga mempunyai empat lagi kes yang dikesan positif selepas kembali dari UK tapi nilai ambangnya juga tinggi," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

KKM  melakukan lebih 20 ujian membabitkan mutasi baharu dari UK dikenali sebagai varian B.1.1.7. FOTO NSTP
KKM melakukan lebih 20 ujian membabitkan mutasi baharu dari UK dikenali sebagai varian B.1.1.7. FOTO NSTP

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM turut melihat kepada 19 kes tempatan yang dikesan dan menjalankan penjujukan genom.

Namun katanya, kesemua sampel berkenaan tiada mutasi B.1.1.7 dikesan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 8:42 PM