FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) meminta kerajaan mempertimbangkan lanjutan moratorium tanpa syarat kepada golongan peniaga.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pendapatan peniaga masih terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Menerusi moratarium automatik ini, peniaga boleh menarik nafas lega kerana pendapatan hasil daripada perniagaan mereka terjejas.

"Ramai gulung tikar, menanggung hutang banyak dan berkemungkinan diisytihar bankrap kerana pinjaman tidak berbayar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan restoran, kedai makan dan kendara saji beroperasi sehingga 10 malam, bermula esok.

Menurutnya, ia berita ditunggu 4,200 ahli Presma di seluruh negara yang sebelum ini gusar apabila pendapatan mereka terjejas teruk.

"Melalui pengumuman itu, dijangka pendapatan pengusaha restoran akan pulih sedikit dan dapat bertahan sepanjang tempoh PKP.

"Presma ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran untuk membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk dua orang satu meja," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 9:33 PM