GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 29 Jan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya menyatakan, harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.90 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.20 seliter.

"Harga runcit diesel naik daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter," kata kenyataan itu.

Menurut MOF harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 6:03 PM