ANTARA individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes sindiket Macau Scam. Ihsan Polis.
ANTARA individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes sindiket Macau Scam. Ihsan Polis.
Oleh Mohd Amin Jalil


Seremban: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sedang mengesan enam individu bagi membantu siasatan kes penipuan sindiket Macau Scam.

Ketua JSJK negeri, Superintendan Aibee Abd GhaniIa berkata, ia membabitkan jumlah kerugian lebih RM1.8 juta yang berlaku November tahun lalu membabitkan mangsa seorang pesara guru.

Individu terbabit ialah Siti Faizatul Husna Azman, 28, beralamat terakhir di No. 40-09, Flat Sri Tioman 2, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur.

Turut dikesan Mohd Hafiz Izuan Suhaimi, 27, beralamat terakhir di A-2-20 Jalan Larkin Perdana 3, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor dan Bong Hann Hwa, 33, beralamat terakhir di No.15, Jalan Tiram Beladau 33, Taman Puteri, Wangsa Maju, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Tiga lagi ialah Mohd Arif Palili, 41, beralamat terakhir di Bt 2, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah; Oh Chiew Mei, 43, beralamat terakhir di A-01-13, Taman Bukit Mewah Fasa 9, Jalan Bukit Mewah 9/17, 43000 Kajang, Selangor dan Mohd Haniff Budiman Shabri, 32, beralamat terakhir No.1 Jalan Hang Lekiu, Taman Dawani, 81400 Senai, Johor.

"Mangsa yang berusia 66 tahun membuat laporan di Balai Polis Lukut pada 23 Disember lalu kerana ditipu sindiket terbabit.

"Maklumat berkaitan individu ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muraly di talian 016-7839535 atau 06-6472222," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 6:17 PM