FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Nazri Abu Bakar


Melaka: Geram cuti tidak diluluskan, seorang lelaki bertindak membaling sofa dan tong gas dari tingkat lima pangsapuri kediamannya di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 25 tahun itu berang selepas majikannya tidak meluluskan cuti pulang ke kampung untuk menziarahi bapanya yang sakit.

Katanya, tidak berpuas hati dengan keputusan majikannya itu, sekitar 1.30 pagi hari ini, lelaki terbabit bertindak agresif dengan pembuang sofa dan tong gas dari tingkat lima kediamannya.

"Tindakan itu menyebabkan beberapa kereta penduduk yang di parkir di kawasan berkenaan rosak akibat terkena objek yang dibuang lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Susulan itu, polis sudah menahan lelaki itu sebelum menghantarnya ke Hospital Melaka kerana dipercayai menghidapi sakit mental," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 11:09 PM