GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Hanya 94 orang mangsa banjir daripada 22 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort serta Kota Belud setakat 8.30 pagi hari ini.

Jumlah berkenaan kekal sejak malam tadi selepas beberapa PPS ditutup petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, setakat ini terdapat 52 penduduk terjejas membabitkan 14 keluarga di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.

"Semua mangsa banjir ini adalah dari 29 kampung di sekitar daerah Beaufort.

"Selain itu, daerah Kota Belud kekal mencatatkan mangsa banjir seramai 42 orang yang membabitkan lapan keluarga dari 38 kampung," katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap APM, 53 jalan raya masih digenangi banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 10:18 AM