ANGGOTA bomba mengangkat mayat di bumbung bangunan Pejabat Kesihatan Kuching. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mayat di bumbung bangunan Pejabat Kesihatan Kuching. FOTO ihsan bomba
Melvin Joni


Kuching: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas pengsan di bumbung bangunan Pejabat Kesihatan Kuching di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian jam 2.30 petang.

Katanya, mangsa berusia 63 tahun dan berasal dari Kuching.

"Mayat diturunkan dari bumbung bangunan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas menerima maklumat awal daripada orang awam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut," katanya yang dihubungi hari ini.

Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 9:16 PM