HUSAIN disahkan positif Covid-19. FOTO Baharom Bakar
HUSAIN disahkan positif Covid-19. FOTO Baharom Bakar
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif Covid-19, hari ini.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, Husain yang juga Ahli Dewan Negara kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Setiu (HS).

"Beliau berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala," katanya.

Muhyiddin yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar meminta seluruh rakyat berdoa agar Husain dilindungi Allah dan dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 9:21 PM