Foto hiasan
Foto hiasan
Essa Abu Yamin

Muar: Operasi Wad 10 Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, ditutup sementara waktu selepas terdapat satu kes positif Covid-19 dikesan semalam.

Pengarah HPSF Dr Muhammad Yusof Sibert berkata, operasi wad berkenaan ditutup sementara waktu bagi memastikan pesakit dan staf dapat menjalani kuarantin dan ujian swab Covid-19.

"Pihak hospital memohon orang ramai untuk tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih berkaitan perkara berkenaan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika mengunjungi hospital ini dan larangan lawatan ke wad akan terus dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 10:35 AM