KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: "Amat menyedihkan (apabila) kami sudah bertahan selama setahun melawan Covid-19, namun penghujungnya masih belum kelihatan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, walaupun dalam keletihan daripada segi fizikal dan mental, masyarakat dinasihatkan untuk terus maju bagi mengekang penularan wabak itu di negara ini.

"Semua orang tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita.

"Patuhi prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan dan jaga jarak fizikal. Duduk di rumah jika tidak mempunyai masalah mendesak di luar sana.

"Bersama-sama kita dapat memutuskan rantai transmisi Covid-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama berjuang secara berterusan," katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Malaysia merekodkan tiga kes positif Covid-19 pertama setahun lalu membabitkan satu keluarga dari Wuhan, China apabila mereka masuk ke negara ini dari Singapura ke Johor.

Selepas setahun penularan Covid-19 di negara ini, Malaysia kini merekodkan 183,801 kes dengan 678 kes kematian manakala 77 peratus atau 141,446 kes sembuh direkodkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 12:12 PM