MOHD Khairul (kanan) menerangkan cara penggunaan tablet yang disumbangkan oleh pihaknya kepada anak-anak Mazilah Ali ketika berkunjung ke rumah keluarga berkenaan di Taman Sri Kluang di Kluang. FOTO Adnan Ibrahim
MOHD Khairul (kanan) menerangkan cara penggunaan tablet yang disumbangkan oleh pihaknya kepada anak-anak Mazilah Ali ketika berkunjung ke rumah keluarga berkenaan di Taman Sri Kluang di Kluang. FOTO Adnan Ibrahim
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Simpati dengan nasib lapan beradik yang terpaksa berkongsi telefon bimbit ibu mereka untuk belajar, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tampil menghulurkan sumbangan, hari ini.

Ia bertujuan meringankan beban keluarga itu yang tinggal di Taman Sri Kluang, Kluang.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sumbangan tablet itu disampaikan Ketua Pemuda Umno Kluang, Mohd Khairul Ishak yang mengunjungi keluarga berkenaan.

Beliau berkata, Pemuda Umno menyerahkan tiga tablet serta talian dan barangan keperluan asas sebagai bantuan segera untuk keluarga berkenaan.

"Hakikatnya kita tak mungkin mampu untuk membantu semua yang hadapi kekangan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ketika ini.

"Sebab itulah Pemuda Umno Malaysia mengharapkan kerajaan segera menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada sistem pendidikan ketika pandemik melanda," katanya.

Portal berita Harian Metro, semalam, melaporkan akibat kekangan hidup, lapan beradik terpaksa berkongsi telefon bimbit milik ibu mereka, Mazilah Ali, 45, untuk mengakses PdPR yang dilaksanakan pada sesi persekolahan kali ini.

Mereka menunggu ibu mereka pulang untuk makan tengah hari atau balik kerja sebelum bergilir-gilir untuk menyiapkan kerja sekolah dihantar guru menerusi WhatsApp.

Berita berkaitan

'Lapan beradik tunggu ibu balik kerja baru boleh ikuti PdPR'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 5:16 PM