PEKERJA penyelenggaraan lif maut selepas tersepit di lif pangsapuri bangunan Summer Mall, Kota Samarahan. FOTO Ihsan bomba
PEKERJA penyelenggaraan lif maut selepas tersepit di lif pangsapuri bangunan Summer Mall, Kota Samarahan. FOTO Ihsan bomba
Mohd Roji Kawi

Kota Samarahan: Seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas tersepit pada lif di pangsapuri bangunan Summer Mall, di sini, hari ini.

Mangsa, Sukardi Kasim, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi ketika operasi menyelamatkannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.56 pagi.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

"Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki yang bekerja sebagai penyelenggara tersepit di atas lif itu dan bomba dengan dibantu pihak pengurusan bangunan berjaya mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 2:07 PM