Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Sebanyak enam masjid di negeri ini terpaksa ditutup untuk proses sanitasi selepas dikesan dikunjungi jemaah yang disyaki kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) M Rozi Bidin berkata, penutupan selama tiga hari dan lima hari itu sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jumaat lalu

"Tindakan mengehadkan jumlah jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid serta surau adalah langkah pencegahan bagi mengelak berlaku penularan," katanya ditemui pada majlis penyampaian bantuan kewangan berjumlah RM50,000 kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Replika cek itu diserahkan kepada Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed.

M Rozi mengingatkan jemaah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan lebih banyak masjid ditutup untuk sanitasi.

Katanya, masyarakat Islam juga diminta mengutamakan SOP untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 5:44 PM