MANGSA ditemui tertindih motosikal didalam parit di Parit Haji Tahir, Batu 5, Jalan Baharu. FOTO IHSAN PEMBACA
MANGSA ditemui tertindih motosikal didalam parit di Parit Haji Tahir, Batu 5, Jalan Baharu. FOTO IHSAN PEMBACA
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Parit Buntar: Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan ditindih motosikalnya selepas dipercayai terbabas ke dalam parit di Parit Haji Tahir, Batu 5 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Mohammad Irwan Syafiq Mazlan, 24, ditemukan oleh penduduk kampung pada 12.37 tengah hari.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diangkat dan dibawa oleh orang awam ke tepi jalan.

"Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Ego yang ditunggang mangsa dipercayai dari arah Parit Haji Tahir menghala Pekan Batu 5 dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

"Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 6:05 PM