Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Seramai 321 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 286 dikompaun manakala 29 lagi individu direman dan enam dijamin.

Beliau berkata, antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (75), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (65) dan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (55).

"Kesalahan lain adalah tiada penjarakan fizikal (49), aktiviti pusat hiburan (30) dan lain-lain (47).

"Secara keseluruhan, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 67,979 pemeriksaan bagi memantau, menguatkuasakan pematuhan SOP PKP," katanya pada sidang media MKN di sini, hari ini.

75 kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka.
75 kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka.

Mengenai kawalan sempadan negara katanya, seramai 17 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditangkap, empat tekong serta merampas 11 kenderaan darat dalam Op Benteng dan 34 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan.

"Seramai 653 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara di mana secara kumulatif, sejak 24 Julai 2020 sehingga semalam, seramai 128,966 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

"Daripada jumlah itu, seramai 7,534 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 78 Hotel dan 12 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.

"Seramai 685 individu pula dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 120,747 individu dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 6:32 PM