GIROUD (tengah) meraikan jaringan penalti bersama rakan sepasukan.
GIROUD (tengah) meraikan jaringan penalti bersama rakan sepasukan.
AFP

Birmingham, England: Pengurus Arsenal Arsene Wenger memuji Olivier Giroud selepas penyerang Perancis itu membantu pasukannya menang 2-0 ke atas Aston Villa.

Giroud menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris ke-50 menerusi sepakan penalti untuk membolehkan Arsenal berada di puncak dengan aksi di Villa Park, empat hari selepas hatrik pertamanya buat kelab itu menyumbang kemenangan 3-0 ke atas Olympiakos yang membawa skuad Wenger ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

Pemain Perancis yang serba menjadi itu menjaringkan gol 11 kali dalam 13 perlawanan terakhir untuk meneraju misi Arsenal dalam memburu gelaran domestik dan Eropah.

“Saya percaya Olivier berada di puncak prestasi,” kata Wenger.

“Permainannya pernah dipersoalkan, namun jaringan ini membuat orang sedar dia pemain berkualiti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2015 @ 5:52 AM