Skip this ad x
MESSI ketika menjalani latihan di Yokohama, semalam.
AFP

Yokohama, Jepun: Lionel Messi percaya skuad Barcelona ketika ini mempunyai senjata lebih ampuh berbanding ketika dikendalikan Pep Guardiola pada 2009 dan dia mahu membuktikanya dengan memenangi Piala Kelab Dunia buat kali ketiga.

Skuad gergasi Sepanyol yang menakluki Liga Juara-Juara, La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Piala Super Eropah tahun ini berdepan kelab China Guangzhou Evergrande esok untuk tiket ke final kejohanan itu di Yokohama pada Ahad ini.

“Ia satu daripada kejohanan kegemaran saya,” kata Messi, pemain pilihan untuk memenangi Ballon d’Or buat kali kelima Januari ini.

“Ia memberikan anda peluang untuk mengakhiri tahun ini dengan cara terbaik. Gelaran ini adalah sesuatu yang tidak boleh dikikis daripada sejarah kelab. Ia sesuatu yang amat penting.

“Ia tahun yang menakjubkan,” kata pemain Argentina itu menjelang pertembungan Barca dengan skuad Guangzhou kendalian Luiz Felipe Scolari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 7:26 AM