Adenan bersama Menteri Muda Perumahan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah(Kanan) memasuki Dewan Undangan Negeri Sarawak. FOTO Che Rani Che Din
Adenan bersama Menteri Muda Perumahan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah(Kanan) memasuki Dewan Undangan Negeri Sarawak. FOTO Che Rani Che Din
Oleh Abd Rahman Adam


Petra Jaya: Sarawak bebas tol bermula 1 Januari tahun depan dengan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin di Kuching.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat pengurusan tol dan mereka bersetuju menerima permintaan untuk memansuhkan tol atas dasar mengurangkan beban rakyat.

"Hasil perbincangan, syarikat itu juga bersetuju (pemansuhan tol) tidak membabitkan sebarang pampasan.

"Pejabat plaza tol itu juga akan diambil alih bagi menempatkan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak yang berdekatan dengan loji sisa kumbahan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penangguhan mesyuarat bagi penggal kelima di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, petang tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri juga sudah memansuhkan bayaran tol di Jambatan Lanang di Sibu yang berkuatkuasa 25 Mei lalu.

Satu lagi tol di Jambatan ASEAN turut dimansuhkan pada 1 Jun lalu, serentak dengan sambutan Hari Gawai Dayak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 10:44 PM
Digital NSTP Subscribe