ZAMZAMZAIRANI (tengah) dan Dr Sulaiman (kanan) bersama anugerah dimenangi TM.

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Berhad (TM) muncul sebagai pemenang utama di majlis anugerah Malaysia-ASEAN Corporate Governance Transparency Index, Findings and Recognition (The Malaysian Chapter) 2015 yang dianjurkan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik pada tahun ini berikutan kecemerlangannya dalam amalan tadbir urus korporat.

TM turut membawa pulang Anugerah Tahunan Tadbir Urus Korporat (CG) bagi lima kategori lain iaitu Sepuluh Syarikat Terbaik bagi Pengiktirafan Merit Pendedahan CG, Pengiktirafan Keseluruhan CG Terbaik, Penciptaan nilai jangka panjang (10 tahun) Pengendalian & Minit AGM Contoh serta Kecemerlangan Industri-Telekomunikasi dan Media.

Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, TM melaksanakan pelbagai inisiatif mendukung etika kukuh dan integriti tanpa kompromi, selain mengamal tadbir urus korporat baik.

Anugerah CG MSWG Asean 2015 mengiktiraf dan memberi penganugerahan kepada Syarikat Senaraian Awam (PLC) di Malaysiayang mempunyai amalan tadbir urus korporat yang baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 8:07 AM