NORIZAN (kanan) memegang tangan Nur Kamisha ketika menerima kunjungan KKSST, semalam.
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifl

[email protected].m

Kuala Terengganu: “Luluh jiwa saya ketika mendapat tahu anak menghidap penyakit ini, lebih-lebih lagi apabila memikirkan masa depan dan penderitaannya nanti,” kata Norizan Che Mustafa, 30, ibu kepada Nur Kamisha Rahima Abdullah, 6 bulan, yang menghidap penyakit lebihan cecair di dalam kepala atau dikenali sebagai hidrosefalus.

Ketika ditemui kelmarin, Norizan berkata, bayinya disedari menghidap penyakit itu ketika berusia 90 hari selepas kepala anak bongsu daripada tiga beradik itu semakin membesar.

“Saya merujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bertanyakan hal itu dan doktor mengesahkan anak menghidap penyakit berkenaan.

“Misha mendapat rawatan susulan di HSNZ sebulan sekali dan pada akhir bulan ini, dia akan menjalani pembedahan untuk membuang air di kepala, namun ia bergantung kepada keadaan,” katanya yang tinggal di Kampung Ladang, di sini.

Norizan berkata, setiap hari dia menahan telinga mendengar tangisan anak bongsunya terutama ketika memandikannya kerana sakit pada bahagian kepala.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 6:35 AM