X
Marsha bersama kad undangan perkahwinannya. Foto fail NSTP
Marsha bersama kad undangan perkahwinannya. Foto fail NSTP
Oleh Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 30, mengesahkan akan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada 8 Januari depan.

Marsha dikatakan akan bernikah dengan pasangannya Mohamed Shaiful Nizam seperti yang tercatat pada kad undangan perkahwinannya yang tersebar di Internet sejak pagi tadi.

"Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu. Saya mohon doa semua agar majlis yang kami rancang itu berjalan lancar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Marsha juga meminta semua pihak tidak mencetuskan sebarang spekulasi mengenai perkara itu dan pihaknya akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini.

Ditanya sama ada dia sudah memeluk Islam, penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah itu enggan mengulas.

Marsha juga enggan mendedahkan tarikh sebenar dia melangsungkan tarikh pernikahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 5:55 PM