Keadaan Kampung Baru, Pantai Mek Mas, Pengkalan Chepa ketika banjir 2014. JPS menjangkakan hujan lebat dan air pasang besar yang akan menyebabkan banjir bermula 25 sehingga 28 Disember ini di Kelantan.

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Rantau Panjang: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menasihati rakyat supaya berhati-hati sekiranya berlaku banjir di negeri ini.

Katanya, ini berikutan ramalan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menjangka hujan lebat dan air pasang besar yang akan menyebabkan banjir bermula 25 sehingga 28 Disember ini.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan banjir ini dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Namun besar harapan kita supaya banjir tidak berlaku," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bazar Siti Fatimah, di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporan JPS membuat ramalan air pasang besar beserta hujan lebat akan berlaku pada 25 sehingga 28 Disember ini yang boleh menyebabkan banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 2:49 PM