Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Kereta saya kerap terkunci dengan sendiri dan keadaan itu sangat membimbangkan sekiranya membiarkan kanak-kanak berada bersendirian. Adakah ia berpunca daripada masalah sistem penggera?

ADNAN

Perak

Sistem penggera kereta mempunyai ciri keselamatan yang akan mengunci kereta dengan sendirinya.

Namun, ciri itu boleh ditala semula dan anda mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakannya atau sebaliknya.

Ada juga sistem penggera yang mengaktifkan sistem kunci berpusat dan mengunci semua pintu kereta apabila brek ditekan selepas kereta dihidupkan.

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah semua kawalan itu akan diaktifkan melalui maklumat elektrik dan suis.

Jika menerima maklumat salah berpunca daripada kerosakan pendawaian atau litar pintas, ia bukan sesuatu yang patut anda risaukan.

Bagaimanapun, anda disaran supaya sentiasa membawa kunci pendua sebagai langkah keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:00 AM