Keadaan bas dinaiki pelancong Malaysia yang terbabit kemalangan di Chiang Mai, pagi tadi. FOTO ihsan Bangkok Post
Oleh Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 16 rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan bas di Chiang Mai, Thailand, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan, bas yang dipercayai dinaiki 22 pelancong Malaysia itu hilang kawalan selepas melanggar kenderaan lain sebelum terjunam ke dalam gaung di Lebuhraya Chiang Mai-Chiang Rai berhampiran daerah Doi Saket.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa semua yang terkorban adalah warga Malaysia.

“Pengesahan identiti mangsa berdasarkan maklum balas daripada polis di lokasi kejadian. Bagaimanapun, kita masih mendapatkan maklumat lanjut.

“Sehingga kini, kita masih tidak tahu jumlah rakyat Malaysia yang cedera dalam kemalangan itu memandangkan tiada wakil kedutaan di wilayah Chiang Ma,”€ katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Bangkok Post melaporkan kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu bas itu yang juga warga Thailand melanggar kereta sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan lain sebelum terjunam ke dalam gaung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 6:13 PM