Tiga penumpang bas ekspres yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan.
Tiga penumpang bas ekspres yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan.
KEMALANGAN mengakibatkan pemandu dan penumpang 4WD maut di tempat kejadian.
KEMALANGAN mengakibatkan pemandu dan penumpang 4WD maut di tempat kejadian.

Lahad Datu: Dua lelaki termasuk pemandu pacuan empat roda (4WD) maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 21 Jalan Lahad Datu - Sandakan berhampiran simpang Kampung Jeroco, dekat sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, katanya, tiga penumpang bas ekspres yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu manakala 34 penumpang yang lain termasuk pemandu bas dalam keadaan selamat.

Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 12:39 PM