SAZALI ketika dipanggil mengadap Jawatankuasa Displin Persatuan Bina Badan Malaysia pada 16 Disember lalu. FOTO arkib NSTP Saifullizan Tamadi
SAZALI ketika dipanggil mengadap Jawatankuasa Displin Persatuan Bina Badan Malaysia pada 16 Disember lalu. FOTO arkib NSTP Saifullizan Tamadi
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) memutuskan untuk menggantung Sazali Samad selama empat tahun berkuatkuasa 22 September lalu susulan kegagalan ujian doping.

Hukuman berkenaan selaras dengan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang menetapkan hukuman empat tahun kerana gagal ujian doping.

Ia diumumkan Timbalan Presiden PBBM Datuk Dr Ahmad Badrus Othman selepas mesyuarat exco, hari ini.

Jelasnya, ujian yang dijalankan mendapati terdapat bahan terlarang Kelas S1 seperti yang termaktuddalam senarai bahan terlarang WADA 2016.

Ujian berkenaan dijalankan pada 1 September untuk semua atlet negara yang dijadualkan bertanding ke Kejohanan Bina Badan Asia di Uzbekistan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 6:12 PM