YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada Wan Zahidi. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Siti Fatimah Hassan dan Fakhrurrazi Usuldin


Serdang: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Anugerah berkenaan diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Manakala lapan individu lain turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Lapan penerima Anugerah Maulidur Rasul berkenaan ialah pakar mata Prof Dr Che Muhaya Mohamad, Prof Madya Dr Paizah Ismail, Datuk Ar Baharuddin Abu Kassim, Othman Md Yusoff, Ebit Irawan Ibrahim Lew, Dr Mundzir Abdullah, Nurul Eeman Mansor dan Mithun Jay Langgim.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima pada majlis itu.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 12:09 PM