MASING-MASING kini selesa dengan tugas mengacara, penyampai radio dan pelakon.
MASING-MASING kini selesa dengan tugas mengacara, penyampai radio dan pelakon.
Oleh Georgie Joseph


Sempena sambutan Hari Natal, RAP menggandingkan dua personaliti muda, Brandon Ho, 22, dan Livonia Ricky, 24, yang kian bersinar dalam lapangan masing-masing.

Brandon semakin selesa mengacara program 8TV Quickie manakala Livonia pula rancak mengukuhkan nama sebagai pelakon.

Pun begitu, jadual kerja yang padat bukan kekangan untuk mereka bergembira pada hari ini. Seperti kebanyakan orang lain, mereka masih dapat berkumpul dengan keluarga dan sahabat handai.

Jelas Brandon, beberapa tahun kebelakangan ini Hari Natal disambut secara sederhana kerana perlu fokus pada pengajian selain terikat dengan tugas sebagai personaliti TV.

“Selepas beberapa tahun, akhirnya kali ini saya dapat beraya dengan tenang. Pengajian saya sudah tamat awal bulan ini jadi bolehlah bergembira sepuas-puasnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 3:00 AM