Oleh Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Johor Bahru: Konsert Wings 30 tahun: Back to 80's di Padang B Plaza Angsana, di sini, meriah dengan kehadiran ribuan peminat kumpulan itu seawal 4 petang tadi.

Persembahan bermula sekitar 8.30 malam dengan kemunculan barisan artis jemputan seperti Ucop, Mail XPDC, Ronnie, Ito dan Aweera.

Mereka menyanyikan lagu popular Wings, antaranya Jerangkung Dalam Almari, Alam Barzakh, Biarkan Berlalu dan Lena di Ulit Intan.

Turut mencuri tumpuan persembahan pemain drum cilik Amira, 12, yang mengiringi persembahan Yasin (Vokalis) dan Apek (Pemain gitar kedua), Pak Lah (pemain gitar utama) membawakan lagu ciptaan sendiri.

Kira kira 9.30 malam Wings muncul dan membuka tirai persembahan dengan lagu Taman Rashidah Utama disusuli Opera Hidup dan lagu popular mereka yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 10:44 PM
Konsert Wings 30 tahun: Back to 80's di Padang B Plaza Angsana, di sini