Oleh Norhayati Nordin


Bukan mudah untuk berjaya, harus tempuhi pelbagai dugaan. Mula membuat kemunculan di laman YouTube pada 2011, tetapi baru kini nama Nana Sheme, 20, melonjak dengan lagu Hantu Atau Buaya.

Kini apabila namanya makin meniti di bibir peminat impak lagu Hantu Atau Buaya, dia perlu berkorban dengan berulang-alik dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Nana atau Nur Nabilah Hashimi berkata, tiada kejayaan tanpa semangat juang tinggi dan pengorbanan.

Selain menyanyi, Nana juga pelajar semester kelima jurusan Diploma Bangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan, Kuching.

Katanya, perit getir dialami dalam usaha memahat nama antara karier seni dan pelajaran memang bukan sedikit. Malah dia pernah berhadapan masalah kesihatan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:17 AM