Oleh Ardyhansah Amat


Kota Belud: Media Prima Berhad (MPB) berjaya memperbaiki 11 rumah yang terjejas akibat gempa bumi melalui Program Jiwa Murni anjuran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat, Derma dan Komunikasi Korporat Kumpulan MPB Muhammad Nazim Ismail berkata, program itu berjaya memperbaiki tiga rumah di Kampung Sinisian, Kundasang, Ogos lalu, manakala selebihnya di sekitar Kota Belud.

"Jumlah keseluruhan rumah yang terbabit dalam program ini ialah 12 rumah.

"Bagaimanapun, kerja membaiki sebuah rumah penduduk di Kampung Kiau Bersatu, Kota Belud, tidak dapat dilakukan berikutan ancaman tanah runtuh di tapak rumah terbabit," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebanyak RM200,000 dana diperoleh menerusi Tabung Bencana NSTP-MPB diperuntukkan bagi membiayai kerja pembaikan rumah mangsa gempa bumi di Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 8:51 PM