Oleh Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila 1,704 mangsa daripada 503 keluarga dipindahkan ke 31 pusat pemindahan sehingga 9 pagi tadi berbanding 496 mangsa (154 keluarga) di 14 pusat pemindahan malam tadi.

Menurut Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 991 mangsa daripada 243 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

Di Hulu Terengganu, 474 mangsa (194 keluarga) ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Bagi daerah Dungun, 231 mangsa daripada 18 keluargadipindahkan di empat pusat pemindahan sementara lapan mangsa (dua keluarga) ditempatkan di satu pusat pemindahan di Marang.

Sementara itu, Sungai Kuala Jengai, Dungun mencatat paras air melebihi paras bahaya iaitu 23.13 meter.

Selain itu, beberapa lagi sungai mencapai paras amaran seperti sungai Jambatan Pengkalan Berangan Marang mencatat paras air 2.31 meter, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, 36.1 meter melebihi paras selamat 36 meter dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau pula mencatat 11.27 meter melebihi paras selamat 10.9 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 12:42 PM
KEADAAN banjir di Kampung Lubuk Perah, Hulu Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria
KEADAAN banjir di Kampung Lubuk Perah, Hulu Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria
Digital NSTP Subscribe