FATEHAH (kiri) dan Jupha turut bersaing di Jepun.

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek Azizulhasni Awang akan mengetuai cabaran negara ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-36 di Jepun bulan depan.

Menurut senarai dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), The Rocketpocket Man dijadualkan bersaing dalam tiga acara pada saingan edisi ke-36 di pentas Asia.

Selain keirin dan pecut individu, dia turut disenaraikan untuk acara pecut berpasukan bersama-sama empat pelumba lain.

Azizulhasni memenangi emas acara keirin yang berlangsung di Thailand pada edisi 2015, Februari lalu.

Turut menggalas cabaran negara ialah Mohd Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadli Mohd Zonis serta beberapa pelumba lain.

Fatehah Mustapa pula mengetahui kategori wanita dalam misi menambahkan mata untuk layak ke Olimpik Rio Brazil tahun depan.

Turut bersaing Jupha Somnet dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Saingan lebuh raya pula diketuai Ahmad Fauzan Mohd Lutfi, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saiful Anuar Aziz, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dan Nik Mohd AzwanZulkifle.

Bagaimanapun Ahmad Fauzan dan Nik Mohd Azwan dijangka memikul tanggungjawab tambahan apabila mereka turut dijadualkan bersaing dalam ujian masa individu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 7:21 AM