MANGSA tercampak kira-kira lima meter selepas dirempuh.
MANGSA tercampak kira-kira lima meter selepas dirempuh.
Oleh Fardy Bungga


Petaling Jaya: Lelaki warga Nepal berusia 30 tahun maut selepas dirempuh komuter di kilometer 14.37 Setia Jaya Sg Way menghala ke Subang Jaya, berhampiran pangsapuri Damai, 12.35 tengah malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa dikenali sebagai Gelja Sherpa dipercayai cuba mengambil jalan pintas dengan menggunakan laluan komuter terbabit.

Bagaimanapun, katanya, mangsa dirempuh dari belakang oleh komuter sehingga menyebabkannya tercampak kira-kira lima meter.

"Mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang tengkuk dan pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan mangsa mati di lokasi kejadian.

"Tiada saksi yang melihat kejadian terbabit dan mayat dihantar ke PPUM untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dilokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:29 AM