AKSI Chong Wei ketika menentang Andre Kurniawan Tedjono dari Kelab Puchong United BC dalam saingan Purple league di Sports Arena Sentosa, semalam.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui tempoh sembilan bulan masih belum layak untuk mengukur kemampuan serta prestasi Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.

Menurutnya, memang buat masa sekarang semua dapat melihat tidak ada apa-apa perubahan atau impak positif kerana Frost baru sembilan bulan menjawat jawatan itu.

“Memang program latihan jurulatih yang buat tapi dalam tempoh sembilan bulan, apa boleh beliau lakukan. Mungkin satu atau dua tahun baru kita boleh tengok prestasi pemain remaja kita,” katanya ketika ditemui selepas beraksi dalam saingan Purple League, semalam.

Isnin lalu, bekas jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky mempersoalkan kehadiran Frost dalam badan induk berkenaan kerana masih belum memberikan sebarang impak positif sejak mula bertugas Mac lalu.

Bagaimanapun, kelmarin Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mempertahankan bekas pemain perseorangan dari Denmark itu yang menurutnya harus diberikan sedikit masa untuk membuktikan kewibawaannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 7:21 AM