FOTO Mikail Ong
FOTO Mikail Ong

Georgetown: Seorang pemilik pusat cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini, atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai JPJ, bulan lalu.

Tertuduh, Syed Amen Jainul Abidin, 45, didakwa mengeluarkan kata-kata 'JPJ ...cau, dia orang semua makan rasuah' terhadap pegawai JPJ, Ajmal Mansor, di pejabat JPJ Batu Uban, 4.45 petang, 26 November.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret L Umma Devi membenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 2:03 PM